"Jagalah hati Puteri Sarah, Dia Isteri Awak" - Syamsul Yusof Dan Kazar Dilihat Buat ‘Content’ Di Kedai Emas, Netizen Percaya Puteri Sarah Seorang Yang Kuat Semangat

encik gotenks
0

Baru-baru ini, banyak spekulasi bertebaran di media sosial melibatkan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan anak kepada pelakon sensasi, Kazar iaitu Ira yang dikatakan akan berkahwin.

Walaupun begitu, masih belum ada pengakuan baik dari pihak lelaki mahupun perempuan.

“By the way (Selain itu) Saya masih lagi ‘single’ (solo),”. Demikianlah kenyataan lra Kazar, individu yang did4kwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Syamsul.

Syamsul Yusof juga pernah menafikan gosip bertunang dengan lra Kazar seperti tular dalam media sosial.

Lebih menghangatkan lagi keadaan apabila satu video yang telah viral di laman tiktok @Rghaikimbyeongho memaparkan Syamsul dan bapa kepada Ira iaitu Kazar Sanusi hadir ke sebuah kedai emas.

Dalam rakaman tersebut, kedua-dua pelakon itu seakan sekadar membuat ‘content’ sambil memegang beberapa perhiasan emas.

Tindakan kedua-dua selebriti itu kurang disenangi sehinggakan mendapat kritikan netizen di media sosial.

Ada wargamaya yang bengang kerana Syamsul langsung tidak menjaga hati keluarga terutama Puteri Sarah.

Berikut beberapa komen dari netizen.

“kesian puteri sarah”

“Memang rasa dia still dan ira kazar to..sbb kt meletop dia x menafikan pun hal ni..sian sarah”

“klu dari segi poligami rasa nya sarah redha sebab dia mampu va sarah marah sebab lra gangu sarah, family sarah, fmly mertua.ank2 dan kwn2 sarah”

“Isteri diuji sat suami tidak punya apa2… Suami diuji ketika ada segalanya.”

“wah bapak mertua..pak Samad pn teringin nk sgt Samsul jdi menantu kaya sape xnk ”

Untuk rekod, Khamis lalu, Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : TikTok @Rghaikimbyeongho

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)