Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Bermaksiat 4 Tahun, Ada Beza tu..., kata Puteri Sarah

encik gotenks
0

Seperti yang kita sedia maklum,baru-baru ini, isteri kepada pengarah terkenal iaitu Puteri Sarah telah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tanggannya iaitu Ira Kazar. Terbaharu, Puteri Sarah dilihat memberi komen balas kepada individu yang dilihat meninggalkan komennya di ruangan Instagram portal hiburan Xtra baru-baru ini. Menerusi komen berkenaan, individu yang dikenali sebagai @keropokpisang dilihat meminta aktres berkenaan untuk menerima hubungan Syamsul Yusof dan Ira Kaza memandangkan pengarah tersohor itu mampu dari segi kewangan.

“Mampu nak kahwin lagi, kahwin je lah… Tak payah sibuk…” tulisnya. Bagaimanapun, tidak hanya berdiam diri, Puteri Sarah tampil menjawab komen terbabit. “@keropokpisang islam suruh kahwin cepat bukan bermaksiat 4 tahun. Ada beza tu,” balasnya.

‌Minggu lalu, Puteri Sarah membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi). Ia berkaitan dengan gangguan ketenteraman dirinya (kes sivil) selain menganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)