Header Ads

Gagal bayar denda RM50,000, penghantar makanan dihantar ke Penjara Kajang selama 6 bulan

Penghantar makanan yang didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini dihantar ke Penjara Kajang, untuk menjalani hukuman selepas gagal membayar denda.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Orang Kena Saman (OKS) Mohd Nor'Muzil Mohd Razalli, 39, akan menjalani hukuman penjara enam bulan bermula hari ini.

Terdahulu, Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman denda RM50,000 selepas OKS mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi menghiina agama Islam di laman sosial YouTube, minggu lalu.

Mahkamah turut memerintahkan OKS dikenakan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Difahamkan OKS gagal membayar denda tersebut dan dihantar ke Penjara Kajang.

Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Ahmad Rizki berkata perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

"Sebagai umat Islam, tertuduh perlu insaf atas kesalahan dan bertaubat atas apa yang dilakukan.

"Kesalahan ini serius kerana membabitkan sensitiviti agama dan menggugat keharmonian masyarakat di Malaysia serta hantaran video itu ditonton di seluruh dunia," katanya.

OKS didakwa melalui perkhidmatan aplikasi YouTube secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik dengan niat mahu menyaakiti hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 16 Julai lalu dan ia dilihat pada hari yang sama pada jam 11.15 malam di hadapan Shell, Cyberjaya.

Oleh itu OKS didakwa mengikut Sesyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azizah Aling manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Noor Azizah dalam hujahnya memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap OKS kerana perbuatannya itu mengundang kemaraahan orang ramai dan sekiranya diabaikan boleh menggugat keamanan negara.

Katanya, hukuman serius perlu dikenakan ke atas OKS supaya tidak mengulangi perbuatan sama serta menjadi pengajaran dan menghalang pihak lain melakukan perkara sama di masa depan.

"Masyarakat mengambil serius berkenaan isu ini dan lebih 20 laporan polis diterima di seluruh negara," katanya.

Sebelum itu, OKS yang berbaju T dan berseluar denim biru tiba di mahkamah pada 9 pagi dengan tangan bergari diiringi anggota polis dari lokap balai Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : harian metro

No comments:

Powered by Blogger.