Dikecam sebab buat content tarik tudung, youtuber mengaku hanyalah lakonan demi uji keimanan orang melayu

encik gotenks
0

Baru-baru ini viral satu video yang telah dimuatnaik oleh seorang youtuber junior, nickChannel yang telah memuat naik sebuah video prank menarik tudung wanita di kawasan awam.

Tindakan tidak beradap dan kurang sopan dari youtuber ini telah menerima kecaman bertalu-talu dari netizen kerana perbuatannya itu tersangat biadap dan tidak peka dengan sensitivi golongan wanita muslim yang menjaga aurat.

Video tular yang mendapat lebih dari 100k viewers dan menerima beribu-ribu komen itu yang berdurasi 4 minit, dia mendakwa dirinya baru menceburi dunia Youtube telah memuat naik video bertajuk ‘AKU TARIK TUDUNG PEREMPUAN’ yang dilihat menarik tudung mangsa wanita.

Memetik artikel dari BuzzKini, kelihatan dia yang bersama dengan seorang jurukamera berada di suatu kawasan awam bagi menjalankan misi konten ‘prank’ yang ingin dilakukannya.

“Apa yang aku nak buat sekarang ini, aku nak kacau perempuan yang pakai tudung dan tarik tudung dia. Aku nak tengok dia marah aku ke atau dia nak tumbuk aku ke, suka hati dia.”

NickCHANNEL

Jelas di sini, YouTuber setahun jagung ini hanya inginkan populariti segera dengan cuba menjadikan dirinya tular di segala jenis platform media sosial dengan mengundang kecaman orang ramai.

Setelah menerima kecaman dari semua, youtuber mentah ini kemudiannya telah memuat naik satu video membuat permohonan maaf dan menjelaskan kepada semua bawa video prank itu sebenarnya hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

Ini kerana, menerusi video kedua yang dipaparkan itu, kedua-dua subjek dalam video prank itu sebenarnya adalah orang yang dia kenal .

“Sebenarnya aku kenal diorang ni dan diorang memang tak pakai tudung pun, tapi aku buat social experiment ni sebab nak tengok apa yang korang kecam sebab kebanyakan konten dari YouTuber lain buat korang ambik separuh-separuh dan korang kecam.”

Di dalam video itu juga, youtuber ini mengecam pula netizen kerana memberi ulasan tanpa melihat video penuh terlebih dulu.

Dia kemudiannya tampil dengan satu lagi video yang bagaimanapun dilihat bercanggah dengan penjelasan video pertamanya.

Hal ini kerana, penjelasan video kedua lebih menekankan tentang misi melihat reaksi rakyat Malaysia yang beragama Islam apabila isu agama dipersendakan.

Dia dalam masa yang sama turut memohon maaf sekiranya rakyat Malaysia berasa kecewa dengan konten yang dihasilkannya.

Meskipun sudah tampil dengan dua video penjelasan, orang ramai bagaimanapun tetap tidak dapat menerima konten berkenaan serta alasan yang diberikannya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : BuzzKini

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)