Header Ads

Saya hampir nak ke Setiu, Terengganu, nak siasat, tapi isteri halang, kata DaddyCap

Penyanyi rap Caprice menempelak tindakan sekumpulan pelanggan lelaki memeluk seorang pelayan wanita sebagai tidak bermaruah dan memalukan dalam satu kejadian yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli pada masa sama turut bersimpati dan mengucapkan ‘takziah’ terhadap lelaki yang terlibat dalam kes tersebut jika mereka sudah beristeri dan memiliki anak.

“Memalukan dan tidak ada maruah. Salam takziah buat abang-abang yang ada anak bini (isteri) dan terlibat dalam kes ini,” katanya.

Penyanyi yang mahu dikenali sebagai Daddycap itu berseloroh, dia merancang mahu ke restoran yang terletak di Terengganu tersebut untuk membuat siasatan, namun telah diberi amaran oleh isterinya, Farra Inalis Hussni supaya tidak berbuat demikian.

“Saya baru hendak gerak ke Terengganu untuk siasat kes ini dengan lebih lanjut. Tapi tiba-tiba isteri saya bagi amaran jangan buat hal. Jadi saya pun tak jadi buat hal,” ujarnya.

Atas apa yang berlaku, penyanyi berusia 34 tahun itu menyarankan supaya lelaki dirakam memeluk pekerja wanita itu supaya segera berkahwin jika belum lagi berumah tangga.

“Saya cuma mahu pesan lelaki kalau dah miang, pergilah cari bini. Kalau tak ada bini, pergilah cari. Kalau rasa muka tu pecah tak ada siapa yang mahu, carilah bini muka pecah yang dia juga rasa tiada siapa yang nak,” sindir Cap sinis.

Terdahulu, tular dalam laman sosial menunjukkan adegan dua lelaki memeluk pinggang seorang pelayan wanita ketika bergembar yang telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan milik wanita tersebut dipercayai terletak di Setiu, Terengganu.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.

“Harap pihak berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini,” kata seorang pengguna.

“Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera. Rosak nama negeri Terengganu,” gesa seorang lagi netizen.

“Aku tidaklah baik, tetapi mengucap panjang juga tengok video ni. Perempuan itu terkenal dalam TikTok tetapi engkau tengoklah lelaki yang datang tu buat apa dekat dia,” komen seorang lagi pengguna.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.