Belajar tinggi pun sudahnya kerja hantar makanan saja, kata Bela

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

“Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk sambung belajar kerana tanpa belajar tinggi pun saya ada pendapatan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan bekerja sebagai penghantar makanan.”

Begitu kata-kata seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang hanya ingin dikenali sebagai Bela,18, kepada Utusan Malaysia sambil memaklumkan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan penghantaran makanan lebih mudah dan boleh menjana pendapatan lumayan jika dilakukan secara konsisten.

Selain itu, katanya, dia juga aktif sebagai penyedia kandungan di platform media sosial yang jika dilakukan secara bersungguh-sungguh boleh membantu meambah pendapatan yang baik.

“Sekarang, saya belum terfikir untuk sambung belajar tetapi tidak tahulah selepas ini. Pada masa ini, saya bekerja sebagai penghantar makanan yang jika dilakukan secara konsisten bolehlah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Selain itu, saya juga lakukan kerja sambilan lain di restoran makanan segera.

“Saya lihat ramai yang sambung belajar tinggi-tinggi tetapi sukar mendapat pekerjaan. Malah, ramai lepasan universiti yang bertahun-tahun belajar akhirnya turut bekerja sebagai penghantar makanan dan dalam perkhidmatan e-hailing.

“Jadi, untuk masa ini saya mahu terus bekerja dan pada masa depan kita tidak tahu bagaimana (mungkin sambung belajar),” katanya yang bekerja sebagai penghantar makanan dua bulan lalu.

Mingguan Malaysia melaporkan, kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran.

Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019 tetapi trend tersebut dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021. Mengikut data kajian tahun 2019, membabitkan 560,000 calon SPM yang mengambil peperiksaan namun selepas keputusan, hanya kira-kira 170,000 memilih menyambung pengajian manakala bakinya 390,000 memasuki pasaran kerja.

Tiga faktor utama mereka yang berusia 17 hingga 18 tahun tidak minat menyambung pelajaran ialah banyak peluang pekerjaan menerusi platform gig, terpngaruh menjadi pempengaruh di media sosial dan beranggapan belajar tinggi bukan jaminan mendapat pekerjaan lebih baik.

Seorang lagi lepasan SPM dikenali sebagai Aris,18, berkata, dia mungkin tidak menyambung pelajaran dan ingin membantu perusahaan bengkel kenderaan bapanya.

Selain itu, katanya, dia juga melakukan kerja-kerja sambilan seperti sebagai penghantar makanan yang memberi pendapatan lumayan.

Katanya, dia sudah tidak minat belajar dan lebih selesa bekerja seterusnya mencari pendapatan sendiri.

“Saya rasa lebih baik saya melakukan kerja mengikut kemahiran yang saya ada (baiki kenderaan) daripada sambung pelajaran yang tidak tentu menjamin peluang pekerjaan. Ramai saya lihat, belajar tinggi namun masih menganggur.

“Malah, saya tidak perlu meminjam untuk sambung belajar yang dilihat menyukarkan sekiranya selepas habis belajar belum mendapat pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lulusan universiti yang hanya dikenali sebagai Anis, 24, berkata, selepas setahun tamat belajar, dia belum mendapat pekerjaan tetap sebaliknya hanya kerja sambilan di restoran makanan segera.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)