Susulan penahanan seorang ketua parti politik, Ketua Menteri Sabah minta pihak berkuasa siasat kes penjualan kad pengenalan palsu kepada warga asing

encik gotenks
0

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor meminta pihak berkuasa menyiasat lebih terperinci kes penjualan dokumen pengenalan palsu kepada warga asing susulan penahanan seorang ketua parti politik di negeri itu.

Katanya, kerajaan negeri mengambil berat pendedahan terbabit dan mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dokumen itu.

“Jika didapati benar, suspek dan ahli sindiketnya mesti dikenakan tindakan undang-undang sekeras-kerasnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas pendedahan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berhubung penahanan dua individu, termasuk seorang ketua parti politik mengikut Sesyen 420 Kanun Kesekksaan, pada sidang media, hari ini.

Dalam sidang media di Bukit Aman itu, Hamzah mendedahkan, polis menahan dua lelaki, termasuk presiden sebuah parti politik dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan pengeluaran kad pengenalan.

Pemimpin terbabit merupakan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Mohd Arshad Abdul Mualap, 46, bersama seorang lagi lelaki, Mohd Amkah Ahmad, 48, dihadapkan di Mahkamah Shah Alam, pagi tadi.

Hamzah berkata, kedua-dua suspek ditahan di Subang Jaya pada 22 Jun lalu dan polis turut merampas ratusan borang membabitkan ratusan mangsa penipuan.

Mereka dipercayai dalang sindiket penipuan menawarkan kad data lengkap berkod QR yang didakwa turut membolehkan pemohonnya memiliki Mykad.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Free Malaysia Today

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)