Header Ads

Bengang kena saman, abang jengkaut 'naik minyak' Ianggar kenderaan milik JPJ sampai terbalik

Berang kerana disaman, seorang pemandu jentolak bertindak merempuh kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga remuk dalam kejadian di Jalan Kepayan, Kampung Magatang, di sini, hari ini.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial bagaimanapun memaparkan anggota dan pegawai yang terbabit terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Difahamkan, pemandu bertindak demikian selepas disaman oleh anggota JPJ kerana dipercayai tidak memiliki lesen memandu kelas F.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim ketika dihubungi memaklumkan akan membuat kenyataan media dalam masa terdekat.

Sementara itu, menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan dari pemandu berkenaan kerana kenderaan tersebut adalah harta rakyat.

Netizen lain pula memberikan pendapat, tidak berbaloi perbuatan pemandu itu kerana dari kesalahan kecil bila dah berlaku sedemikian rupa ianya boleh menjadi kesalahan yang lagi besar

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.