Suami Kunci pintu gril hadapan rumah, duda meninggal dunia jatuh bangunan selepas kantoi bermukah dengan isteri orang

encik gotenks
0

Gara-gara ingin melarikan diri selepas dicekup berkhaIwat bersama isteri orang, seorang lelaki ditemukan maaut terjaatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi tadi, maangsa yang berusia 46 tahun itu maaut di tempat kejadian akibat kecedeeraan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, saksi iaitu kekasih kepada si maati berusia 37 tahun mendakwa, lelaki itu datang ke rumahnya pukul 12 tengah malam semalam selepas suaminya keluar dan bermalam di situ bersama tiga anak wanita berkenaan.

Katanya, pada pukul 10.30 pagi tadi semasa pasangan itu berada di ruang tamu, tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah lantas menyedari kehadiran si maati.

“Suami saksi mengunci pintu gril hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan dia menghubungi pihak polis.

“Saksi meminta si mati berunding dengan suaminya, namun, lelaki itu nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang pada bahagian koridor untuk berpaut turun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mispani berkata, saksi yang berada di ruang tamu hanya melihat si mati dari jauh sebelum terdengar bunyi dentuman di luar koridor.

“Saksi melihat ke bawah dan mendapati lelaki tersebut telah tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.

Gambar hiasan

“Pemeriksaan fizikal ke atas mayat si maati mendapati terdapat kesan tanah dan daarah di bahagian muka dipercayai dia jatuh dalam keadaan terhempap, lengan kiri maangsa juga patah,” katanya.

Ujarnya lagi, saksi memberitahu mereka berkenalan pada 2005, namun, berpisah dan masing-masing mendirikan rumah tangga.

Tambahnya, pada 2017, si maati berceerai dengan isterinya, lalu mencari semula saksi untuk menjalinkan semula hubungan walaupun mengetahui saksi telah berkahwin.

“Hubungan si maati dengan saksi adalah secara sembunyi tanpa pengetahuan suami saksi.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai maati mengejut,” katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)