Saya tak menyesal pilih janda jadi isteri, dia pandai memasak, rajin uruskan rumah tangga

encik gotenks
0

PENAFIAN : GAMBAR HANYA SEKADAR HIASAN, TIADA KAITAN DENGAN ARTIKEL YANG DISIARKAN

Status janda yang dimiliki seorang wanita bukanlah penghalang untuk mereka meraih cinta daripada lelaki termasuk untuk mencari kebahagian rumah tangga.

Malah, pengalaman luas yang dimiliki golongan itu terutama dalam hal rumah tangga berjaya menarik minat lelaki untuk menjadikan mereka sebagai isteri.

Seorang penjawat awam dikenali sebagai Hisham, 38, berkata, dia tidak pernah menyesal apabila memilih seorang janda untuk dijadikan isteri sejak lapan tahun yang lalu.

“Bukan menggalakkan orang untuk cari janda, tetapi ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Isteri bijak menguruskan kewangan dan banyak membantu dalam perancangan keluarga,” katanya yang bernikah dengan janda anak satu itu pada 2014.

Tambahnya lagi, ramai rakan sekerjanya telah berkongsi masalah rumah tangga masing-masing, termasuk ada yang sukar untuk menerima hakikat isteri mereka tidak pandai memasak.

“Ada kawan saya yang berkahwin anak dara, hantaran RM15,000 tetapi tidak pandai memasak. Setiap hari bungkus makanan di kedai dan dapur langsung tidak berasap.

“Saya bukan mahu memuji isteri, tetapi pengalaman mendewasakan dia dan dia tahu tanggungjawabnya sebagai seorang wanita,” jelasnya.

Perkara sama turut dikongsi Mohd. Hadri, 41, apabila dia menamatkan zaman bujang dengan beristerikan seorang janda yang menjadi pilihan kedua-dua orang tuaanya pada tahun 2019.

Jelasnya, walaupun risau tentang cakap-cakap orang ramai apabila bernikah dengan seorang janda, namun perkara tersebut sebenarnya tidak berlaku.

“Saya risau kalau orang cakap saya terpaksa kahwin janda sebab umur sudah lanjut, tetapi semua itu hanya tanggapan.

“Seorang wanita yang bergelar janda pastinya mempunyai pngalaman lampau, dan mereka akan perbaiki kesilapan atau ke­salahan untuk mencari kehidupan yang lebih bahagia,” katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)