Saya selesa berambut panjang dan tak terfikir langsung hendak memotongnya, kata Nafiz Muaz

encik gotenks
0

PENAFIAN : GAMBAR HANYA SEKADAR HIASAN

Pelakon Nafiz Muaz, 24, mengakui dia semakin selesa dengan penampilan rambut panjang yang di sikat rapi hingga tidak terfikir untuk memotongnya buat masa sekarang.

Nafiz ditemui berkata rambut panjangnya itu sudah dibela hampir dua tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan C0vid-19 dalam negara sejak awal 2020 lalu.

"Saya mula simpan rambut ini hingga panjang dan tidak memotongnya sejak PKP akibat C0vid-19 dulu. Lama-lama, saya pun dah makin selesa dengan imej ini dan tak terfikir langsung hendak memotongnya.

"Saya memang selesa dengan rambut panjang ini dan tak kisahlah orang nak cakap apa. Sebabnya, saya amat selesa. Setakat ini pun, pengarah yang bekerjasama dengan saya memahami dan mereka juga tidak pernah minta saya untuk potong rambut pendek," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir ditemui media di lokasi penggambaran drama Sorry Naik Lori yang dibintanginya bersama Nazim Othman dan Ruhainies sebagai watak utama.

Nafiz yang mendirikan rumah tangga bersama adinda kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah iaitu Diyana Omar pada 2 Januari tahun lalu, kini sudah bergelar bapa seorang cahaya mata.

Bagaimanapun, dia enggan berkongsi lanjut mengenai anaknya itu dan kisah berkaitan keluarga kerana agak peribadi.

Menurut Nafiz, dia juga tidak kisah sekiranya dilabel dengan panggilan 'bapa rugged' berikutan keselesaannya tampil dengan imej ' rambut panjang yang menjadi pilihan.

"Anak saya pun suka main-main dengan rambut panjang ini. Malah, bila saya berjalan-jalan keluar dengan mendukung anak memang 'best'. Nampak 'rugged' dan lebih selesa," katanya.

Bakat lakonan Nafiz sebelum ini dikesan menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016. Hingga kini, dia sudah membintangi 16 buah drama serta 13 telefilem dengan pelbagai watak sesuai dilakonkannya.

Selain drama Sorry Naik Lori juga siri original iQIYI Malaysia, Nafiz sebelum ini pernah dikenali menerusi drama Cinta Belum Tamat Tempoh, Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis, Semua Salahku, Cinta Koko Coklat, Amsyar, Jejak Karmila, Sweetie Nanie, Teratai Kemboja dan banyak lagi.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)