Header Ads

Rakyat terkejut, bukan hanya pintar berpolitik namun Bossku juga berbakat jadi pelakon

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang muncul sebagai 'cameo' dalam drama berjudul Tunjang menyifatkan pembabitannya sebagai pelakon satu pengalaman baharu dan manis.

Najib menerusi video temubual berdurasi 59 saat berkata, ia satu pengalaman baharu dan manis kerana ini kali pertama beliau cuba beraksi sebagai pelakon.

"Satu pengalaman baru dan pada saya, satu pengalaman manis juga kerana ini kali pertama (berlakon). Bukan saja saya dapat menampilkan watak yang berlainan daripada diri saya sendiri, tetapi mesej yang dapat saya sampaikan itu sangat bermakna.

"Sebab dalam drama Tunjang ini, ia berkait rapat dengan perjuangan Allahyarham Tun Razak. Gagasan, penubuhan dan idea Felda itulah memang satu legasi Tun Razak yang kita semua banggakan," katanya.

Difahamkan, Najib dilamar tampil sebagai bintang undangan khas dalam drama Tunjang itu sebagai Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang juga bapanya dan dikenali sebagai Bapa Pembangunan.

Kemunculan Najib dalam drama berkenaan juga dianggap cukup bermakna apabila beliau diperlukan muncul menggayakan imej berpakaian seperti bapanya, selain mengenakan rambut palsu dan bertopi.

Menerusi hantaran dimuat naik Najib di Facebook semalam, beliau yang turut berkongsi gambar bersama pelakon lain sambil berseloroh kini sudah beralih arah kerjaya dalam bidang lakonan.

"Saya tukar bidang, pengarah cakap tak perlu audition (uji bakat). Macam best penggambaran saya masuk watak dalam drama Tunjang tadi (semalam).

"Boleh tahan juga OOTD (outfit of the day) saya pakai topi ini. Ada macam James Bond zaman dulu-dulu," tulisnya dalam hantaran dikongsikan buat tatapan pengikut-pengikutnya.

Dalam hantaran yang sama juga, Najib turut berkongsi beberapa fotonya ketika berlakon di lokasi penggambaran drama itu, antaranya menaiki kereta klasik jenis Mercedes-Benz era 1970-an.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.