Potong gaji menteri tak membantu selesaikan kos sara hidup rakyat pun, kata Mahdzir Khalid

encik gotenks
0

Saranan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz agar gaji menteri dipotong sebanyak 20 peratus tidak akan membantu menyelesaikan kos sara hidup rakyat, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sebaliknya, beliau berkata, ia memerlukan alternatif lain yang lebih efisien dan kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat dalam menghadapi krisis peningkatan harga barang sejak akhir-akhir ini.

"Sekarang ini ada pelbagai usaha dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pasukan dalam Kabinet khususnya bagi menteri yang terbabit secara langsung dengan ekonomi dan harga barang.

"Mereka ini duduk mesyuarat seminggu dua kali membincangkan hal berbangkit serta memberi jalan penyelesaian seperti diumumkan Perdana Menteri mengenai tiada kenaikan tarif elektrik dan harga pasaran ayam tidak diapungkan, sehingga kini pun kerajaan masih memberi subsidi petrol RON95," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tualak di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, Rafidah mencadangkan pemotongan gaji menteri bagi menunjukkan empati terhadap negara ketika rakyat bergelut dengan krisis ekonomi akibat C0vid-19 dan krisis Russiia-Ukraine.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)