Kumpulan UNIC cari anggota baharu

encik gotenks
0

Kumpulan nasyid UNIC berhajat mencari seorang lagi anggota yang akan menjadi pelengkap mereka sebelum menganjurkan konsert sempena 20 tahun penglibatan dalam industri seni tanah air.

Menurut salah seorang anggota UNIC iaitu Mohd Fakhrul Radhi Khamaruddin, usaha itu dilihat sebagai langkah untuk memastikan persembahan yang bakal ditampilkan kelak bertambah baik dalam pelbagai aspek.

"Dah dua tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) UNIC hanya digerakkan oleh dua orang saja iaitu saya dan Bazli. Jadi, kami rasa nak kembali aktif dengan menganjurkan konsert untuk mengimbau semula 20 tahun UNIC pada tahun ini.

"Kalau nak buat konsert besar ini kami rasa macam nak cari lagi seorang untuk melengkapkan persembahkan di atas pentas dari segi tenaga, suara dan sebagainya. Tapi setakat ini belum ada kata putus lagi dan itu hanya perancangan awal.

"Kalau ada rezeki memang nak cari lagi seorang dan nak buat konsert sempena 20 tahun UNIC. Itulah perancangan setakat ini," katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, UNIC sudah ada beberapa nama yang dimasukkan dalam senarai pilihan mereka biarpun proses pencarian itu agak mencabar.

"Kami dah ada beberapa nama dan saya boleh kata yang berbakat itu ramai. Kalau nak cari yang baru sangat mungkin agak susah untuk mereka bergerak seiring dengan kami yang dah 20 tahun ini. Kalau nak cari yang 'otai' sangat pun tak juga.

Kemungkinan kami akan cari anggota baru yang umurnya lebih kurang saja. Kita tengok macam mana sebab ia agak mencabar juga," katanya.

Ditanya apakah sebab yang mendorong bilangan anggota UNIC semakin berkurang, Fakhrul menegaskan masing-masing mempunyai komitmen serta kerjaya sendiri dan itu menyukarkan mereka untuk bergerak dalam satu kumpulan seperti dahulu.

"Sekarang ini ahli UNIC banyak komitmen, ada yang jadi pensyarah, usahawan dan solo. Jadi itu itu sebenarnya mengapa kami tak boleh nak bergerak secara berkumpulan yang ramai. Tapi, kalau ada rezeki bersama kami akan bergerak sekali.

"Berkurangnya ahli bukan sebab isu tapi sebab komitmen masing-masing. Ia sangat membataskan untuk pergerakan secara berkumpulan. Kalau dulu masa zaman belajar okay, tapi sekarang masing-masing dah ada kerjaya.

Contohnya, Fitri Harris dah jadi pensyarah dan komitmennya dengan universiti, Fadzli Aziz sekarang kaunselor dan pengacara televisyen dan Hafiz Hamidun sekarang dah jadi komposer terkenal.

"Mereka sekarang dah ada komitmen dan kerjaya sendiri. Sebab itu agak susah untuk buat (bergerak sekali). Tapi, peminat mahukan ia jadi kami akan cuba untuk buat juga. Setakat ini UNIC masih bergerak dengan dua orang sahaja iaitu saya dan Bazli," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)