Baru umum subsidi minyak dimansuh, elaun Pengerusi FELDA dinaikkan kepada RM480,000

encik gotenks
0

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini kerajaan telah mengumukan pemansuhan subsidi bagi minyak masak tulen botol, permansuhan ini akan berkuatkuasa bermula 1 Julai 2022 nanti.

Namun perkongsian yang dimuat naik melalui akaun twitter Fakta Bukan Auta, memaparkan satu mesyuarat akan diakan pada hari ini bagi membincangkan mengenai kenaikan elaun pengerusi Felda daripada RM300,000 kepada RM480,000.

Justeru itu, netizen mula mempersoalkan apakah kewajaran dan tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menaikkan elaun pengerusi FELDA ditengah-tengah isu kenaikan harga barang.

Yang lebih mengejutkan, kereta rasmi juga akan ditukar baharu dan ditambah pula dengan elaun kereta sebanyak RM18,000 sebulan.

“Tahukah anda hari ini akan diadakan Mesyuarat Agong FGV anak syarikat FELDA. Apa agenda mesyuarat?

“1) Elaun tahunan Pengerusi dinaikkan dari RM300,000 kpd RM480,000.

“2) Kereta rasmi akan ditukar baru beserta elaun kereta RM18,000 sebulan.

“Minyak masak kan dah takde subsidi,” kata pengguna Twitter itu.

Perkongsian panas itu setakat pukul 11 pagi, 24/6/2022 telah mendapat lebih 3674 retweets dan 2337 tanda suka.

Menjengah diruangan komen, majoriti netizen meninggalkan komen yang mempersoalkan kewajaran dan tindakan Felda yang menaikkan elaun pengerusinya ditengah-tengah kenaikan harga barang serta subsidi minyak yang bakal dimansuhkan.

Walau bagaimanapun , pihak FELDA sehingga saat ini masih mengambil pendekatan berdiam diri dan masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjawap persoalan rakyat.

Untuk rekod, kerajaan mengambil tindakan memansuhkan subsidi minyak masak tulen berbotol adalah bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : The Vocket

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)