Header Ads

Anggap seperti ibu sendiri, bekas pengurus peribadi akhirnya tidak tahan dan dedah perangai sebenar Mak Wan Latah

Baru-baru ini viral beberapa keping video di media sosial yang memaparkan kini bekas pengurus peribadi pelakon Mak Wan Latah tampil membongkar sikap sebenar artis itu di laman sosial.

Wanita dikenali sebagai Amell berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sisi lain aktres itu yang didakwanya panas baran.

Berdasarkan salah satu video yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, dilihat seumpa sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya sambil menendang pintu.

Lelaki tua di dalam video itu jelas kedengaran suaranya yang sedang menangis namun rayuan itu tidak diendahkan.

Menjelaskan tindakannya mendedahkan video-video berkenaan, Amell ketika dihubungi mStar berkata, sudah lama dia menyimpan rahsia tentang pelakon itu tetapi mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.

Namun kini dia memilih untuk bersuara kerana mendakwa turut menjadi maangsa perbuatan pelakon itu sebelum ini.

“Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaaki hamun ketika di set penggambaran.

“Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri.

"Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000," katanya.

Menyangkal perkara tersebut, Amell sebaliknya mendakwa dia mempunyai bukti pelakon itu yang mengambil wangnya.

Ingin mencari kebenaran, Amell mendakwa turut mempunyai bukti atas semua dakwaannya terhadap Mak Wan.

Bagi mendapat pembelaan, Amell turut membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Teluk Intan pada malam Sabtu lalu berhubung kes pelakon itu mengambil wangnya.

Amell turut memberitahu akan membuat satu lagi laporan polis di Ampang dalam masa terdekat berhubung kehilangan barang kemasnya.

Sebelum ini, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinan yang dibina bersama Husain Dollah tidak bertahan lama apabila lelaki itu melafazkan cerai terhadapnya hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu berkahwin pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak dan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April 2022.

Husain ketika mengulas perceraian itu kepada mStar menyifatkan perkahwinan itu sebagai episod hitam dan mendakwa berada dalam keadaan tekanan disebabkan sikap Mak Wan yang disifatkan keterlaluan dan tidak menghormatinya sebagai suami.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.