Suami saya tak pernah paksa masak kalau mood malas datang, saya bahagia sangat berkahwin lelaki Jerman, kata Puan Anditah

encik gotenks
0

 


Dalam rumahtangga, toleransi itu sangat penting bagi menjaga keharmonian dan kelestarian rumahtangga. Jika pasangan kita penat bekerja atau tiba-tiba datang mood 'malas' tak perlulah kita paksa dia memasak ke apa, lagi bagus kalau kita yang sekali sekala turun ke dapur dan memasak pula untuk isteri tercinta.


Kerja isteri ni banyak tau, bagi yang bekerja selepas pulang dia bukan berehat macam kita, balik rumah nak kena kemas rumah, layan karenah anak-anak dan memasak lagi.


Namun ada juga suami yang berlagak seakan 'raja' yang nak dihidangkan semua depan mata tanpa dia memikirkan beban kerja isterinya itu.



Baru-baru ini viral satu video di tiktok yang memaparkan sepasang pasangan kahwin campur yang meluahkan rasa sangat beruntung kerana dikurniakan dengan suami yang ringan tunang.


Menurut wanita yang menggunakan nama akaun anditahp itu, walaupun suaminya baru bergelar seorang mualaf, namun dia sangat rajin beribadah dan berusaha mengenali lebih mendalam tentang Islam.




Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan pasangan itu dan dalam masa sama mengharapkan agar mereka juga dijodohkan dengan suami yang tidak ego dan ringan tulang menolong isteri menyelesaikan kerja rumah.

Kunci dalam rumah tangga adalah bila pasangan itu saling bertoleransi dan sama-sama bekerjasama .


Sumber : Tiktok

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)