Saya masih belum kahwin dengan Fara Salleh, kata Shuk Sahar

encik gotenks
0

 


Ramai yang sudah maklum dengan episod kontroversi membabitkan rumah tangga pelawak terkenal dan bekas deejay radio, Shuk Sahar bersama dengan Fara Salleh.


Baru-baru ini isteri kepada Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah ada memuat naik hantaran di instagramnya dia membawa diri bersama anak-anaknya, mungkin untuk menenangkan diri dengan isu rumahtangga mereka berdua.


Namun apa yang mengejutkan ada yang mendakwa bekas deejay terkenal itu dikatakan sudah berkahwin dengan kekasihnya, Fara Salleh.


Memetik artikel dari OhBulan!, pelawak itu pantas menafikan khabar angin yang bertiup kencang itu. Tambahnya lagi, fokus utama dia sekarang adalah menyelesaikan dulu kekusutan dia dan isterinya dulu.



Belum berkahwin. Pada saya, kalau nak buat apa pun berkaitan dengan hubungan saya, lebih baik saya selesaikan satu persatu isu yang ada dahulu. Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana.


Jadi, saya sedang aturkan yang terbaik. Bukan untuk kehidupan saya, tetapi untuk semua pihak, daripada semua sudut, keluarga dan anak-anak.


Doakanlah yang terbaik sebab saya pun dah penat nak cakap itu dan ini.


Ditanya sama ada dia mempunyai perancangan ke arah menghalalkan hubungan, Shuk ingin memberi fokus kepada perniagaan yang sedang dijalankan.


Buat masa sekarang, saya punya perancangan hidup itu lebih kepada nak fokus bisnes. Tak fikir pun pasal hal lain.



Pelawak dan juga pelakon itu katanya sudah serik untuk memberikan komentar dan menjawap pertanyaan dari media kerana seringkali disalah ertikan dengan netizen.


Bila saya cakap begini, orang kata saya nak berlakon jadi maangsa. Bila saya mengaku salah, orang kata saya bangga pula dengan kesalahan yang dibuat. Jadi saya nak jawab macam mana lagi?


Itu sebab saya cuma minta semua orang doakan yang terbaik saja untuk saya. Tapi pasal kahwin itu, memang betul saya belum berkahwin lagi.


Apapun, kita sebagai orang luar rasanya tidak perlulah melebih-lebih berkenaan hal rumahtangga orang. Biarlah mereka selesaikan sendiri dan kita sebagai peminat, doakan yang terbaik dan kebahagiaan kepada Shuk Sahar dan keluarganya.


Sumber artikel : OhBulan!

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)