Guru diminta elak muat naik rakaman sesi pengajaran dalam kelas, kata Menteri Pendidikan

encik gotenks
0

 


Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan suatu makluman atau garis panduan kepada guru yang membuat rakaman sesi pengajaran dalam kelas dan memuat naiknya di media sosial.


Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata ada antara rakaman itu memberi impak serius kepada anak murid, terutama perbuatan mendedahkan pelajar atau anak murid yang sedang belajar.



"Jadi perkara ini kami sedang perincikan, apakah pendekatan paling sesuai dan kami juga telah maklumkan kepada guru untuk mengelak daripada melakukan perbuatan sedemikian kerana kesannya amat besar," katanya.



Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pelancaran Generational End Game Anti R0kok 18 (GEGAR-18) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra di sini hari ini. Turut hadir ialah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)