Lihat UFO depan mata sendiri, wanita ini tidak dapat lelapkan mata selama 3 hari kerana terlalu seronok

encik gotenks
0

 


Nicole Neumann membuat pengakuan kontroversi mendakwa tidak dapat tidur selama tiga hari kerana begitu teruja gara-gara ternampak objek terbang tidak dikenali (UFO).


Memetik laporan Detikcom pada 20 Ogos 2021, Nicole berkongsi pengalamannya melihat UFO waktu tampil dalam satu program televisyen di negara berkenaan.


Menurut Nicole, kejadian itu berlaku sekitar tahun lalu ketika dia melancong bersama anak dan rakan-rakannya. 


"Kami sedang memasak pada satu malam dan pemilik vila datang serta bertanya pada kami sama ada pernah melihat UFO atau tidak.



"Pemilik vila itu bertanya kepada kami, 'Apakah anda ingin melihatnya?' Kami keluar dari rumah dan UFO ada di belakang rumah," katanya.


Tambah Nicole, dia yakin bahawa objek yang dilihatnya ketika itu adalah UFO dan bukannya dron atau pesawat.

 

Nicole turut mendakwa melihat objek itu secara jelas kerana UFO itu tidak terbang terlalu tinggi. Kata model itu lagi, pemilik vila juga mendakwa melihat kelibat UFO beberapa kali.


"Kami menaiki kereta dan mengikuti UFO itu terbang hingga sampai hujung ladang tanaman. Dari situ, UFO itu terbang di sebalik pokok. Terdapat pagar di depan sehingga kami tidak dapat mengikuti lebih jauh," kata Nicole.



Bukan hanya Nicole dan pemilik vila yang melihatnya, pengawal keselamatan dan orang-orang di ladang juga memberikan pengakuan yang sama dan percaya bahawa objek itu adalah UFO.


Nicole mengatakan bahawa kejadian itu adalah pengalaman pertamanya melihat 'bebenang terbang'. Dakwa Nicole, pengalaman melihat UFO adalah sesuatu yang sukar digambarkan.


"Anda tidak dapat membayangkan sensasinya yang tidak dapat digambarkan, saya tidak dapat tidur selama tiga hari kerana saya beremosi," kata model itu.


Sumber : mStar OnIine

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)