Wanita ini dikecam kerana tapau kesemua kuih-muih ketika majlis kahwin belum selesai

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini viral satu perkongsian di media sosial yang memaparkan seorang wanita berbaju kurung dilihat sedang leka memilih kuih dan seterusnya dimasukkan ke dalam plastik untuk dibawa pulang.


Video itu yang dikongsikan oleh aayurahayuuu buat masa ini sudah menerima lebih 900k tontonan dan mendapat tanda suka lebih dari 62k menunjukkan wanita itu yang dengan tanpa segan silu mengambil kuih muih sehingga licin sebelum memasukkannya ke dalam plastik berwarna hijau dan terus berlalu pergi.


Kejadian itu dikatakan berlaku di Indonesia dan telah menarik perhatian netizen yang mengecam tindakan tidak sopan wanita itu yang seharusnya tidak berbuat demikian memandangkan majlis itu yang masih sedang berlangsung.


Sudah menjadi kebiasaan apabila lauk pauk yang tidak habis diberikan oleh tuan rumah kepada saudara mara dan para hadirian yang hadir namun bukanlah mengambil makanan ketika majlis kahwin yang sedang rancak berlangsung lagi.


Menjenguk di ruangan komen, ada segelintir netizen yang bersangka baik mungkin wanita itu adalh adik beradik kepada tuan rumah.





Ada netizen lain pula mencelah, mungkin itu pertama kali wanita tersebut berjumpa dengan kuih yang sedap dan tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmatinya di rumah.


Sumber : Tiktok aayurahayuuu

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)