Niat cuma nak tolong pam angin kereta, tak sengaja jatuh cinta pandang pertama, lelaki ini lamar jadi tunang

encik gotenks
0

 


Korang masih ingat lagi tak detik-detik pertama bertemu dengan pasangan korang? Mesti ada macam-macam versi kan?


Tak kisah apa-apa versi pun yang penting korang dah selamat jadi kekasih halal buat selama-lamanya.


Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan kisahnya yang kini menjadi tunang kepada seorang anggota polis yang secara tidak sengaja membantunya ketika dia dalam kesusahan suatu ketika dulu.


Dari pertolongan dan pertemuan yang tidak disengajakan, pasangan merpati dua sejoli ini akhirnya mula mengenali hati budi masing-masing, jatuh cinta dan seterusnya mengambil keputusan untuk lebih serius dalam perhubungan mereka.


Selangkah menjadi kekasih halal.


Perkongsian itu yang telah menarik lebih dari sejuta views di laman tiktok ternyata menarik perhatian ramai netizen untuk memberikan pendapat dan dalam masa yang sama ramai yang mengucapkan tahniah kepada gadis itu dan abang polis yang kini menjadi tunangnya.



Alhamdulillah, tidak lama lagi akan menjadi pasangan suami isteri yang sah, sama-sama kita doakan agar pasangan ini bahagia sampai akhir hayar.


Sumber : Tiktok - lijah.co.98

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)