Saya sangka ajaI saya sudah sampai, kata Tun M

encik gotenks
0

 


Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pakar perubatan Institut Jantung Negara (IJN) dan pakar perubatan jemputan atas kepakaran serta kebolehan merawat beliau ketika menjalani rawatan di pusat rawatan jantung itu Januari lalu.


Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sudah percaya hayatnya sudah tiba, namun dengan rawatan yang diberikan oleh doktor pakar, penolong doktor serta bantuan daripada pekerja di IJN mereka berjaya memulihkan kesihatannya.


"Bagi saya ini adalah satu keajaiban, saya tidak menyangka untuk hidup. Saya menjangka akan mati kerana saya sudah tua dan saya juga menghidap penyaakit yang serius yang memberi kesan… mula-mula jantung saya, apabila jantung lemah ia memberi kesan kepada paru-paru dan apabila paru-paru lemah ia memberi kesan kepada buah pinggang dan seterusnya.


"Tetapi entah bagaimana atau lebih tepat doktor memulihkan saya dan akhirnya saya dibenarkan keluar dan agak sihat, bukan seratus peratus tetapi cukup untuk saya meneruskan kerja yang perlu saya lakukan," katanya menerusi saluran rasminya di YouTube CHEDET hari ini.


Tun Mahathir berkata, ini sesuatu yang patut dibanggakan kerana rakyat Malaysia tidak perlu lagi ke mana-mana untuk mendapat rawatan kerana negara ini sudah mempunyai pakar perubatan yang boleh merawat penyakit serius seperti dialaminya.


"… seperti yang anda tahu saya juga dilatih sebagai doktor dan semasa saya bermula pada akhir 1950-an dan awal 1960-an, pada ketika itu terdapat 'slot khas' untuk doktor Malaysia terutama doktor Melayu, doktor di hospital pada masa itu dikenali sebagai pembantu pegawai perubatan… tidak ada orang Asia boleh menjadi pegawai perubatan... kerana tiada kepercayaan terhadap doktor Malaysia.



"Saya amat percaya bahawa kita boleh melakukan apa yang orang lain boleh lakukan. Semasa saya (sebagai perdana menteri) saya pernah bercakap bahawa Malaysia kita boleh... kita cekap," katanya.


Dalam video berdurasi kira-kira lapan minit itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, kekal bertenaga dan kelihatan sihat ketika menyampaikan ucapan berkenaan.


Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari, namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Februari.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)