Jika saya nak bertudung, saya akan memakainya demi Tuhan, kata Diana Danielle

encik gotenks
0

 


“SAYA akan pakai kerana Tuhan”. Itu antara komen yang memang bersepah Mizz Lahar baca apabila mana-mana selebriti memuat naik foto dia bertudung atau menjadi duta jenama hijab.


Mungkin pernah menerima komen sebegitu, Diana Danielle pun sama. Katanya, jika dia bertudung satu hari nanti, tindakan tersebut dilakukan kerana Tuhan bukan untuk kelihatan cantik.



“Memberitahu betapa cantiknya seseorang memakai tudung. Anda memakainya untuk kesopanan, menunjukkan kepatuhan kepada tuntutan kepada agama bukan semata-mata ingin nampak cantik.


“Ayat, lagi lawa apabila bertudung tidak kena dengan konteks. Lawa atau tidak, jika saya nak bertudung, saya akan memakainya demi Tuhan,” ciapnya.



Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara lanjut mengenai punca dan kepada siapa ciapan tersebut ditujukan.


Betul juga apa yang diciap Diana.Lebih baik pakai tudung dengan ikhlas, bukan sebab orang kata cantik.

Sumber : Kosmo Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)