Ketika ditidurkan, saya didatangi arwah ibu dan ayah serta ahli keluarga yang dah meninggal, kata Ts Dr Megat Al Imran Yasin

encik gotenks
0

 


Penafian : Gambar disebelah kanan hanyalah untuk tujuan hiasan semata-mata.


 Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) Ts Dr Megat Al Imran Yasin disahkan positif C0vid-19 pada 24 Februari lalu ketika dalam tugas sebagai pensyarah pelawat di Faculty of Culture and Creative Industries University of Central Lancashire, Preston di United Kingdom (UK).


Disebabkan jangkiitan yang teruk, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Royal Preston Hospital, Lancashire pada 28 Februari dan terpaksa ditidurkan selama enam hari.


Sepanjang tempoh yang digambarkan antara hidup dan maati, beliau dapat menyaksikan 'kehadiran' arwah ibu bapa dan ahli keluarga yang sudah lama meninggal dunia.


Beliau dibenarkan keluar dari ICU pada 8 Mac dan keluar dari hospital pada 14 Mac lalu.


Berikut adalah coretan beliau berkongsi pengalaman berada dalam situasi 50-50 antara hidup dan mati di katil hospital.


"Pengalaman ini mengerikan, tetapi memberikan keinsafan kepada saya apabila 50-50 antara hidup dan mati. Kita ditidurkan, tetapi separa sedar dan dengar setiap perbualan mereka. Barangkali itu keadaan bila saat kematian.


Saya didatangi arwah ibu dan ayah dalam keadaan saya masih kecil. Ayah saya segak berpakaian tentera, mak saya seperti biasa saja.


Selain itu saudara-mara lain yang sudah lama meninggal hadir semasa di ICU.



Menakutkan apabila syaitan iblis juga mengganggu kita.


Lelaki berkereta lembu datang sambil membaca doa dan bacaan sambil membunyikan loceng di tangan.


Saya tutup telinga dan alih pandangan setiap kali dia datang kerana seolah-olah dia membaca doa saat kematian.


Alhamdulillah, dalam separa sedar seorang doktor Arab yang merawat saya berkata: "Brother are you Muslim? Can you read Quran?" Saya jawab ya. Dia menambah: "Read any surah al-Quran and make doa. You are in a very critical condition. Only Allah can save you now."


Saya ambil nasihat dia dan baca segala ayat Quran yang saya ingat khususnya ayat-ayat lazim. Saya juga berusaha mengingat kembali ayat-ayat al-Quran panjang yang saya hampir lupa, tetapi alhamdulillah, semasa ditidurkan di ICU, saya kembali hafal ayat tersebut.


Saya berdoa mohon pada Allah: "Give me second chance ya Allah." Sambil saya bersyahadah. Sebelum ditidurkan doktor juga bertanya hendak video call bercakap dengan anak isteri? Saya kata tak perlu: "I believe I will be OK."


Saya perlu kuat semangat demi keluarga dan anak-anak. Menurut isteri dan anak di rumah, mereka sangat sedih bila saya tak mahu bercakap dengan mereka sebelum ditidurkan.


Selepas enam hari ditidurkan dengan proses intubasi dan mesin oksigen, saya sedar kembali. Itu pun selepas dua kali doktor mencuba untuk melihat saya boleh bernafas sendiri.


Saya kemudian dikeluarkan dari ICU ke wad biasa. Di sini saya kembali keliru dan berada dalam dejavu.



Rasa pernah ada di sini. Isteri dan anak masih tak dibenar melawat, tetapi jururawat kerap memaklumkan mereka perkembangan saya setiap hari.


Saya hilang keseluruhan memori. Tak tahu ada di mana...tak kenal satu orang pun kerana jururawat, doktor silih berganti.


Nak kira satu sampai 10 pun saya terpaksa berusaha. Saya tak ingat apa pun yang terjadi sebelum sampai di Preston.


Saya tidak ingat apa-apa dan berada dalam keadaan keliru. Selepas hampir dua minggu di hospital, keluarga dibenarkan datang dan isteri saya bercerita kembali apa yang berlaku.


Baru saya tahu saya di UK dan dijangkiiti C0vid-19.


Dari saat saya dimasukkan ke wad kecemasan di Royal Preston Hospital, saya sudah tak ingat apa-apa lagi.


Terima kasih kepada doktor dan jururawat yang sangat profesional merawat saya.


Saya ucapkan terima kasih atas doa dan bacaan Yasin yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat sekalian yang saya lihat hampir 100 orang hadiri secara online.


Saya hargai keprihatinan anda semua terhadap kesihatan saya ketika itu.


Alhamdulillah, anak sulung saya dapat mengurus saya dan keluarga dengan berhubung dengan keluarga dan rakan di Malaysia.


Begitu juga komuniti Malaysia di UK yang turut mengadakan bantuan dan sokongan kepada saya.


Mereka ada yang tidak kenal, tetapi anak saya secara random bercerita dalam media sosial tentang keadaan saya di ICU dan ramai yang membantu.


Terima kasih pada semua yang membantu saya. Alhamdulillah saya kini berehat di rumah dan sedang kembali mengumpul tenaga untuk bergerak.


Cuma hingga kini, saya cuma boleh berbisik dan bercakap perlahan akibat kecederaan di tekak apabila proses intubasi dilakukan.


Doakan kesihatan saya pulih sedia kala selepas melalui satu proses dalam kehidupan yang saya kira amat menakutkan, tetapi sangat memberi pengajaran.


Doakan saya sahabat sekalian."


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)