Cakna dengan kegusaran penonton, TV Alhijrah tangguh tayangan program bersama 'Kak Long 7E'

encik gotenks
0

 



Stesen TV Alhijrah menangguhkan tayangan episod membabitkan Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, dalam program Trending yang sepatutnya ditayangkan Rabu depan.


Ia susulan tular beberapa hantaran pengguna laman sosial yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan stesen TV itu memanggil individu berkenaan sebagai tetamu jemputan pada program yang bersiaran setiap Rabu, jam 8.30 malam itu.


TV Alhijrah dalam satu kenyataan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus dalam kalangan masyarakat.



"Program Trending adalah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.


"Kehadiran 'Kak Long 7E' di studio juga disertai Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panel yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada 'Kak Long7E' agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa saja isu di mana-mana platform khususnva di media sosial.


"TV AlHijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod itu," kata kenyataan itu.



Menerusi kenyataan sama, TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton.


"TV Alhijrah sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia," katanya.


Terdahulu, 'Kak Long 7E' tular apabila videonya dan anak sulung, Muhammad Adam Aqish Mikhail, 8, yang dianggap biadab dan keterlaluan di sebuah kedai serbaneka mendapat kecaman netizen awal bulan ini.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)