Netizen Kata Saya Kembar Aina Abdul, Maknanya Saya Nampak Muda Lah, kata Vida

encik gotenks
0

 


Bertalu-talu dikritik kerana dilihat tidak melakukan tugasnya sebagai Presiden Netizen di program Big Stage 2022, Datuk Seri Vida (DSV), memberi alasan dia tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaca komen pilihan di Twitter.


Menurut Vida, sebagai presiden, dia juga berasa berhak untuk menyuarakan pendapatnya dengan mengambil kira kapasitinya sebagai seorang penyanyi yang juga pernah tular menerusi lagu I Am Me suatu ketika dahulu.


Tidak cuma itu, Vida juga meminta netizen sendiri untuk membaca komen-komen yang tular di platform tersebut.


“Netizen tolong faham ya. Jangan cakap saya tak melakukan tugas. Saya diberikan masa yang sangat singkat, hanya 30 saat. Nak baca komen-komen di Twitter yang diberikan produksi, saya rasakan ada yang tak sesuai untuk dibaca.



“Jadi, saya beri pandangan saya juga sebab saya adalah DSV yang ‘another level’. Saya rasa boleh saja saya komen sama dengan juri. Saya pun pandai menyanyi.


“Saya pun penyanyi dan lagu pernah tular di seluruh dunia. Netizen, bagilah saya peluang nak meluahkan pendapat saya. Anda boleh baca Twitter sendiri.


“Kalau saya yang bacakan, mungkin tak sampai mesej itu. Sebab bacaan saya itu dengan loghat Kelantan. Saya kena kecam sebab tak baca Twitter,” katanya.


Vida berkata demikian semasa ditemui usai program Big Stage 2022 minggu suku akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.


Terdahulu, Vida dikritik netizen kerana dianggap tidak menjalankan tugas asal yang diberikan selain dilihat bersikap oportunis kerap kali mengambil kesempatan mempromosikan single terbarunya di medan tersebut.



Selain itu, semalam juga menyaksikan Vida dikecam teruk kerana penampilannya yang dianggap jelik selain ada yang menyamakan imej tersebut dengan cubaannya untuk menjadi seperti penyanyi Aina Abdul.


Pun begitu, Vida bersikap sangat tenang dan tidak mengambil hati dengan komen tersebut selain memaklumkan ia adalah imej untuk lagu terbarunya yang berjudul Ku Ikhlaskan.


“Kalau nak cakap saya kembar Aina Abdul itu, maksudnya saya kelihatan muda lah. Tapi yang penting, saya bawa karakter untuk lagu terbaru saya,” ujarnya.


Berkongsi mengenai lagu tersebut, Vida dengan yakinnya berkata video muziknya mampu memenangi anugerah berprestij seperti Oscar.


“Video muzik saya boleh menang Oscar! Insya-Allah 20 Mac depan akan dilancarkan. Saya keluarkan kos RM400,000 untuk pembikinan keseluruhan muzik video itu.

Sumber : Utusan

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)