Situasi negara tak semolek digambarkan, Muhyiddin ikrar akan bocorkan kedudukan kewangan

encik gotenks
0

 


Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa negara menghadapi masalah kewangan yang lebih besar daripada apa yang dimaklumkan oleh kerajaan persekutuan pimpinan Umno.


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga berkata akan mendedahkan butirannya pada masa yang sesuai.


Muhyiddin juga mendakwa pentadbiran BN yang bergerak 'macam biasa' tidak akan dapat menjamin masa depan cemerlang ketika negara seperti Vietnam dan Indonesia sedang meninggalkan Malaysia dalam pembangunan ekonomi.


"Semalam (17 Feb) saya minta laporan untuk disampaikan Menteri Kewangan Tengku Zafrul... Satu ketika saya akan bocorkan bagaimana kedudukan kewangan negara kita.



"Berapa lama lagi kita bertahan? Berapa lama hasil negara dikutip tiap-tiap tahun cukup bayar gaji dan pembangunan negara? Berapa wang tabung pencen yang banyak itu?


"Saya cakap setakat itu saja. Saya faham situasi negara tak semolek digambarkan.


"Ini cabaran paling besar di peringkat negara," kata Muhyiddin semasa majlis pelancaran rasmi PN di Johor malam tadi.


Tempat pelancaran yang dihadiri kira-kira 2,000 orang itu dianjurkan di dalam kawasan pengaruh Umno, di Taman Pasak Indah, tidak jauh dari Felda Pasak dan Felda Air Tawar 3.


Petugas Bersatu memberitahu Malaysiakini mereka mahu melibatkan pengundi luar bandar, undi utama untuk BN dan bukan kawasan pinggir bandar seperti Pagoh yang diwakili Muhyiddin sebagai Ahli Parlimen sejak 1978.



Muhyiddin menghabiskan sebahagian besar ucapannya menyasarkan BN dan Umno, tidak memberi perhatian terhadap Pakatan Harapan yang hampir tidak mempunyai pengaruh di bahagian timur Johor.


Tempat ceramah itu terletak dalam DUN Johor Lama, yang dimenangi Umno dengan majoriti 5,807 undi pada pilihan raya umum 2018 walaupun pada masa itu sentimen antikerajaan cukup kuat.


"Di sinilah (Johor) lahirnya Umno, di sinilah malam ini bermula lahirnya PN," katanya lagi.


Muhyiddin membidas Umno kerana mencetuskan pilihan raya mengejut di Johor walaupun tiada ancaman terhadap majoritinya.

Sumber : m'siakini

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)