Perlu duit demi kelangsungan hidup, Shuk Sahar terdesak nak jual rumah RM1.2 juta

encik gotenks
0

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan Shuk Sahar, bekas pengacara radio dan televisyen terkenal dan juga pelawak tersohor negara.


Namun akibat beberapa kontroversi curang dalam rumahtangganya, karier seninya seakan mengalami zaman gelap dan pelawak itu sendiri akui kehidupannya kini berdepan saat sukar.


Shuk atau nama sebenarnya Muhammad Shukri Mohamed Sahar memberitahu pengikutnya bahawa dia mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta.


Kata Shuk, 35, dia memerlukan sejumlah wang bagi meneruskan kehidupannya.


“Saya nak jual rumah saya dekat Elmina Ferrea dengan harga 1.2 juta.


“Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan dan mulakan benda-benda baru.. sebab itu perlukan duit.


“Kalau sesiapa yang berkemampuan, memang tengah cari rumah boleh DM saya,” ujarnya menerusi sebuah video yang tular di aplikasi itu.


Sementara itu, rata-rata netizen meminta pelawak itu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.


Segelintir netizen menganggap apa yang terjadi kepada Shuk merupakan balasan kerana berlaku curang terhadap isteri.




Malah ramai yang memetik nama penyanyi Aliff Aziz supaya dijadikan contoh terbaik dan boleh dijadikan rujukan pelawak dan pengacara itu.


“Kamu buat perangai khianati isteri, Allah tarik nikmat.


“Berubah Shuk, dekatkan diri pada Allah. Tak semestinya rujuk dengan isteri tapi jalani kehidupan masing-masing dengan reda.


“Berbalik kepada Allah, jadi macam Aliff Aziz.


“Isteri dan anak tu pembawa rezeki tapi disia-siakan,” ujar beberapa netizen.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)