Gadis 17 tahun bangga beli kereta secara cash, hadiahkan kepada ibu

encik gotenks
0

 


Belum lagi tamat persekolahan, Nur Jannatul Zafirah Abdul Kadir, 17, sudah mampu menghadiahkan ibunya sebuah kereta yang dibeli secara tunai.


Dia yang juga anak bongsu dari tujuh beradik itu berkata, hadiah istimewa buat ibunya, , Rusnani Che Ali, 59, itu adalah hasil perniagaan dalam talian dengan menjual produk minuman kesihatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.


Nur Jannatul berkata, hadiah itu adalah tanda penghargaan buat ibunya yang banyak berkorban membesarkannya dan adik-beradik beradik yang lain.


"Bapa meninggal dunia pada 31 Januari 2010 dan selepas itu ibu menyara keluarga berstatuskan ibu tunggal.


"Lantaran itu, pada 31 Januari lalu saya buat kejutan hadiahkan ibu kereta sebagai tanda penghargaan membesarkan kami," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Perkongsian kejutan menghadiahkan kereta buat ibunya itu turut dimuat naik di aplikasi Tik Tok miliknya dan mendapat perhatian warganet.



Menceritakan pengalamannya berniaga sambil belajar, Nur Jannatul berkata, dia memanfaatkan sepenuhnya masa terluang meningkatkan jualan memandangkan persekolahan dibuat secara dalam talian sebelum ini.


"Memang penat apatah lagi saya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mac nanti.


"Saya perlu hadiri kelas dalam talian, sebelah petang pula perlu uruskan penghantaran pesanan pelanggan.


"Namun, saya percaya usaha itu pasti membuahkan hasil dan Alhamdulillah, kini saya dapat membahagiakan ibu," katanya yang kini berpendapatan lima angka sebulan.


Nur Jannatul yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata, dia memasang impian untuk memiliki syarikat sendiri mengeluarkan pelbagai produk kegunaan harian.


Dalam masa sama, katanya, dia tidak mahu mengabaikan pembelajarannya dan turut bercita-cita menyambung pengajian hingga ke menara gading.


"Perniagaan sekarang dan pembelajaran bagi saya sama pentingnya kerana mahu jadi seorang wanita yang beauty with brain (cantik dan bijak) bukannya hanya pandai cari duit saja.


"Apabila kisah saya (kejayaan perniagaan) tular di media sosial, terkejut juga tetapi dalam masa sama terharu kerana komen yang positif mendoakan saya untuk lebih berjaya selepas ini," katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)