Saya terkejut dan tidak tahu tiba-tiba kami ke hotel, kata seorang wanita

encik gotenks
0

 


"Saya sakit (pening), dia temankan ke klinik kemudian tidak tahu tiba-tiba kami ke hotel," itu alasan seorang wanita yang dicek0p berdua-duaan bersama pasangannya bukan Muslim di bilik hotel di sini, tengah malam tadi.


Dalam Ops Tahun Baru bermula kira-kira jam 10 malam itu, wanita itu antara 15 individu berusia antara 18 hingga 42 tahun yang ditahan pihak berkuasa.


Difahamkan, ketika ditahan, wanita berusia 32 tahun itu turut didapati memiliki pil eksstasi.

Gambar hiasan


Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, wanita itu ditaahan ketika berdua-duaan bersama lelaki bukan Muslim berusia 40 tahun.


Menurutnya, pasangan itu antara lapan pasangan yang dicek0p dalam operasi terbabit dan lelaki bukan Muslim itu turut ditaahan bagi membantu siasatan.


"Dalam operasi ini, kami menahan sebanyak lapan pasangan dan pada awalnya semua mereka mengaku kononnya sudah berkahwin.


"Selepas kita semak melalui e-perkahwinan ternyata mereka belum berkahwin dan kebanyakan yang ditahan juga golongan muda.


"Ada seorang wanita yang berpasangan dengan lelaki bukan Muslim kita dapati dia memiliki pil eksstasi dan lelaki itu turut ditaahan sebagai saksi," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media, sempena Ops Ambang Tahun Baru di Sandakan, awal pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, operasi sempena ambang tahun baru dilancarkan sejak 24 Disember lalu.


"Kita sudah lancar operasi ini sejak 24 Disember lalu bersama dengan Ops Natal.


"Sepanjang operasi, kita membuat rampasan sebanyak tujuh buah motosikal dan sebanyak 204 saman dan seramai 10 orang ditaahan kerana disyaki terbabit dengan penyaIahgunaan daadah," katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)