Saya mengaku sengaja cipta kontroversi demi nama, campak duit kesilapan paling besar, kata Iqbal Zulkefli

encik gotenks
0

 


Akui Iqbal, 28, ketika isu perancangannya untuk berkahwin dengan Vida atau Hasmiza Othman, 51, menjadi bualan hangat sekitar penghujung Ogos tahun lalu, dia sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan nama sendiri.


"Diakui selama ini saya memilih cara yang tidak tepat untuk popular.


"Ada yang sengaja dibuat-buat untuk content semata-mata. Tindakan saya ke arah kontroversi tu memang dibuat dengan niat," katanya ketika dihubungi mStar.


Cerita percintaan antara Iqbal dan bekas majikannya itu kembali muncul pada Ogos 2021 apabila kedua-dua mereka begitu terbuka berkongsi mengenainya di media sosial.


Iqbal akui tertekan ingin membina nama sehingga timbulkan kontroversi.


Malah Iqbal turut mendedahkan bahawa Vida pernah melakukan ujian kesuburan pada 2018.



Bukan itu sahaja, Iqbal terus meraih publisiti termasuk menerusi aksi mencampak sejumlah wang kertas di hadapan wartawan mStar semata-mata mahu membuktikan kekayaannya kepada orang ramai.


Menjelaskan lanjut tentang kontroversi yang sengaja dicipta itu, Iqbal berkata dia berada dalam keadaan terdesak untuk membina nama agar lebih dikenali.


"Mungkin ia berlaku disebabkan saya begitu tertekan untuk membina nama sehingga sengaja cetuskan kontroversi.


"Tapi kadang-kadang bukan saya buat pun, tapi tetap terjadi kontroversi.


"Kini saya rasa menyesal dan rasa tak puas hati dengan tindakan saya sebelum ini. Walau apapun tetap saya yang bersalah," katanya.


Namun memasuki tahun baharu 2022, Iqbal berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi dan kehidupannya di media sosial.



Ujar Iqbal dia berazam untuk melakukan perubahan positif untuk dirinya pada tahun 2022.


"Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi hal hubungan percintaan, kewangan dan kehidupan peribadi saya.


"Perkara paling besar yang saya belajar daripada kontroversi sebelum ini ialah mengenai perbuatan saya mencampak duit. Itu adalah kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan sepanjang hidup.


"Pada akhirnya kita memilih untuk berbuat baik dengan sesiapa saja dan lebih banyak muhasabah diri sebab duit bukan pengukur kebahagiaan," ujarnya.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)