Syarikat insurans berdepan tuntutan banjir sehingga RM3 bilion

encik gotenks
0

 


Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menganggarkan Industri insurans am berdepan dengan tuntutan berkaitan banjir dianggarkan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion berikutan banjir besar yang melanda di beberapa kawasan, baru-baru ini.


Dalam kenyataan, PIAM berkata, anggaran itu termasuk daripada tuntutan persendirian dan komersial yang berpotensi dan sebenar, berpunca daripada banjir kilat selain musim tengkujuh yang akan datang dalam beberapa minggu serta bulan akan datang.


"Disebabkan banjir teruk luar biasa seperti yang dilaporkan secara meluas di pelbagai tempat dalam negara ini, industri insurans am berpotensi menghadapi peningkatan sebanyak RM2 bilion hingga RM3 bilion jumlah pendedahan tuntutan berkaitan banjir.


"Sebagai tambahan kepada jumlah pembayaran tuntutan yang dianggarkan di atas untuk bencana ini, industri insurans am turut menghulur bantuan dengan menyumbang RM2.43 juta kepada Dana Bantuan Banjir @ Disember 2021 yang baru ditubuhkan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyokong komuniti permotoran yang terjejas teruk semasa zaman sukar ini," katanya



PIAM berkata, Inisiatif industri insurans am ini akan melebihi komitmen sedia ada oleh penanggung insurans sejak bencana banjir berlaku, iaitu mempercepatkan penyelesaian tuntutan, menyediakan langkah bantuan khas tambahan, dan bantuan ad hoc ex-gratia selanjutnya, seperti yang ditentukan oleh penanggung insurans am individu.

Menurutnya, bantuan CSR ini pada awalnya adalah dalam bentuk subsidi ke arah pembersihan di bengkel untuk kenderaan yang terjejas secara langsung akibat banjir yang mana masih belum dibaiki lagi pada peringkat ini.


"Subsidi ini bagaimanapun dihadkan sekali beri bagi setiap kenderaan sebanyak RM500 untuk kereta atau kenderaan perdagangan dan RM100 untuk motosikal.


"Pihak yang menuntut perlu mengemukakan bukti diperlukan mengenai kerosakan banjir pada kenderaan mereka dan bukti perlindungan insurans terdahulu.



"Kenderaan terbabit mestilah sama ada diinsuranskan pada masa ini (sebarang jenis polisi motor dengan atau tanpa perlindungan banjir adalah layak) atau kenderaan yang kali terakhir diinsuranskan pada 1 Jun 2021.


"Pada peringkat ini, dana akan ditutup sebaik sahaja jumlah yang dicagarkan sebanyak RM2.43 juta sudah habis digunakan," katanya.


Selaras dengan objektif CSR itu, PIAM mengalu-alukan sumbangan daripada pihak atau industri lain terhadap Tabung Bantuan Banjir yang akan memanjangkan hayat dana itu dan seterusnya membantu lebih ramai pemandu yang terjejas.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)