Header Ads

Bajet mat salih? Aku memang mat salih, kata Amelia Henderson

 


Biarpun diperli sebilangan pengguna media sosial yang mendakwa dirinya ‘bajet mat salih’, pelakon jelita Amelia Henderson tidak melatah dan tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut.


Pemilik nama lengkap Amelia Thripura Henderson itu dalam keadaan tersenyum namun penuh penegasan memberitahu, dia sememangnya berasal dari keturunan berdarah campuran.


“Bajet mat salih? Bro, aku memang mat salih  like, what do you mean? (apa sebenarnya maksud anda?).



“Saya bingung sekarang. Kalian semua, saya berketurunan separuh orang Scotland, suku orang India, suku orang Sri Lanka.


“Jadi, apa maksud anda bajet mat salih?,” soal dan getusnya dengan tenang dalam satu sesi ‘live’ Instagram yang dimuat naik semula dalam akaun TikTok peminat.


Jelas pelakon drama rantaian Cik Ayu Mee Sanggul itu lagi, bahasa Inggeris sememangnya bahasa percakapan atau komunikasinya sejak kecil andai itu menjadi perdebatan segelintir netizen.


“Kenapa orang cakap benda-benda begini. Saya cakap dalam bahasa Inggeris sebagai saya membesar dengan bahasa itu.



“Komen-komen begini, kalian kena fikir dahulu sebelum buka mulut,” kata Amelia dalam keadaan tersenyum memberikan penjelasan.


Sekadar informasi, ibu Amelia merupakan seorang doktor gigi yang berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam. Bapanya pula seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson.


Amelia yang dilahirkan di Ampang, Selangor mempunyai dua adik-beradik dan dia merupakan anak yang sulung. 

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.