Rumah tangga kami masih kekal bahagia, saya masih sayangkannya dan kami cintakan satu sama lain, kata Slamet

encik gotenks
0

 


Pasangan yang pernah tular di media sosial empat tahun lalu kerana perbezaan usia masih bersama, malah bahagia sebagai suami isteri sehingga kini.


Tribunnews melaporkan Slamet Riyadi, 19, menerusi video di satu saluran YouTube mendedahkan rumah tangganya dengan Rohaya, 71 masih kekal.


Slamet yang bekerja sebagai tukang urut juga memberitahu isterinya itu sihat dan berada dalam keadaan baik.



"Nenek Rohaya baik, dia ada di rumah. Rumah tangga kami juga aman bahagia.


"Saya masih sayangkannya dan kami cintakan satu sama lain ," katanya yang memberikan wang upah mengurut diterima kepada Rohaya.


Selain menjadi tukang urut, Slamet turut melakukan beberapa pekerjaan lain untuk menyara keluarga, antaranya membina kandang dan memotong rumput.


Katanya, dia tidak memilih kerja kerana baginya, apa yang lebih penting pendapatan diperoleh daripada sumber halal.


Menurut Slamet, dia menyenangi sifat Rohaya yang penyayang dan suka bekerja.



Katanya, isterinya itu juga pandai melayaninya, malah sering menyanyikan lagu kegemarannya ketika tidur.


Bagi Slamet, tiada faedah yang dia dapat dengan menduakan isteri.


"Daripada kita menduakan isteri lebih baik jadi bujang saja," katanya.


Difahamkan, Slamet kini tinggal bersama Rohaya dan anak tirinya.


Sejak kisahnya tular hingga kini, banyak pujian diterima Slamet kerana kesanggupannya berumah tangga dengan wanita yang jauh lebih berusia. - Agensi

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)