Baru 10 hari berpantang sudah kembali bekerja, netizen risaukan kesihatan Vivy Yusof

encik gotenks
0

 


Seperti yang kita sedia maklum, usahawan berjaya dan pengasas empayar jenama dUCk, Datin Vivy Yusof baru-baru selamat melahirkan cahaya matanya yang ke-4.


Namun perkongsian terbarunya di instagramnya menarik perhatian netizen apabila baru 10 hari berpantang beliau sudah mula bekerja.


Memetik laporan dari beautifulnara, Sememangnya dikenali sebagai seorang yang kuat bekerja, perkongsian Vivy itu nampaknya mengundang pelbagai respon daripada warga maya.


Ada yang tampil menegur Vivy supaya berehat secukupnya sepanjang tempoh berpantang dan menikmati momen-momen tersebut bersama ahli keluarga baru.


Malah, ramai juga yang berkongsikan kesan buruk akibat bekerja terlalu kuat sewaktu dalam tempoh berehat setelah melahirkan anak.


Sekadar info, pengasas Fashion Valet dan jenama tudung terkenal dUck ini telah melahirkan anak ke-4 hasil perkongsian hidup bersama Datuk Fadzruddin Shah Anuar pada 22 November lalu.

Pasangan itu menamakan cahaya mata baru mereka dengan nama Idris Ali Shah. Selain Idris, mereka turut dikurniakan tiga orang anak iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.


Kredit : Beautifulnara

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)