Wajib handsome dan muda, Vida cari pembantu peribadi, tawar gaji permulaan RM10,000

encik gotenks
0

 



Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini, kini usahawan terkenal Datuk Seri Vida mencari pembantu baharu.


Sebelum ini, tular kisahnya bersama Iqbal yang dikatakan ingin melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini walaupun dibantah teruk oleh dua anaknya, Cik B dan Kacak.


Terbaru, menerusi media sosial Instagramnya, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman sedang mencari pembantu peribadi (PA), mungkin untuk menggantikan ‘orang lama’.


Namun, yang menjadi perbualan hangat warga maya adalah syarat kelayakan serta gaji yang ditawarkan adalah amat lumayan iaitu RM10,000.


Bagi yang meminati dan ingin mencuba jawatan tersebut, apa yang menjadi keutamaan adalah seorang lelaki bujang dan wajib ‘handsome’ (kacak).


Bukan itu sahaja, syarat lain yang telah ditetapkan oleh usahawan berasal dari Kelantan itu adalah berumur antara 25 tahun hingga 30 tahun.


“Wajib handsome, untuk perempuan ada jawatan lain ya, boleh tengok IG story saya,” jelas Vida.

Sementara itu, rata-rata orang ramai serta artis terkenal turut meninggalkan komen masing-masing setelah membaca hantaran tersebut, antaranya pelawak Shuib Sepahtu.



“Saya nak jadi PA datuk seri boleh ke?” soal Shuib Sepahtu.


Namun komen tersebut dibalas sendiri Vida,” Awak apply (mohon) jadi calon lain la,” kata Vida. 


Sumber : -K! ONLINE.

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)