(VIDEO) Memang berbaloi, rasa sedap, bukan cekik darah seperti orang cakap, kata Dato Seri Vida

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila beberapa orang pelanggan mengadu 'dianiayai' apabila dikenakan harga yang melampau oleh sebuah restoran di Langkawi.


Isu ini mendapat perhatian dari netizen dan juga pihak KPDNHEP. Turut tidak melepaskan peluang adalah jutawan kosmetik Dato Seri Vida yang kebetulan berada di Langkawi. Beliau telah pergi menerjah restoran berkenaan seperti yang dimuat naik di instagram miliknya.


Vida mengatakan dia mahu sendiri ke restoran berkenaan untuk merasai hidangan ‘siakap seribu’ itu serta melihat sendiri harga yang dikenakan oleh kedai berkenaan.


Turut berkongsikan video di Instagram, kedatangan Vida disambut mesra oleh pemilik restoran yang menjelaskan isu sebenar yang berlaku.


Vida juga turut dibawa sekitar kedai dan kolam ikan sebelum memilih ikan siakap yang inginkan. Melihatkan video berkenaan, memang banyak hidangan dipesan oleh Vida sehingga penuh satu meja.


Apa yang pasti ramai tertanya-tanya berapa harga dikenakan semua hidangan tersebut. Vida berkata harga yang dikenakan berbaloi iaitu RM918 apatah lagi dapat menikmati pemandangan indah di restoran berkenaan.


“Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tuduhan mengatakan tuan kedai cekik daarah.


“Saya makan habis beratus-ratus memang berbaloi, dengan rasa sedap dan keadaan persekitaran yang cantik. Nak berniaga dalam hutan ni, ingat pelanggan ramai datang?,” katanya.


Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen netizen yang memuji tindakan usahawan itu yang datang ke restoran tersebut serta memberi peluang kepada pemilik kedai untuk menjelaskan perkara sebenar.


Sebelum ini, Vida pernah menyatakan hasrat mahu membayarkan semula bil hidangan ‘mangsa’. Bagaimanapun difahamkan mangsa menolak secara baik hasrat Vida itu.


Berikut adalah beberapa respon dari pengikut DSV.






Sumber : ROTIKAYA

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)