Header Ads

Suka Hati Kata Aku Meroyan, Kau Tahu Apa Kau Buat, Aku Kalau Hilang Sabar Lain, Luah Rossa Sera

 



Baru-baru ini viral di media sosial beberapa hantaran ig story yang telah dikongsikan oleh Rossalennah Natassyiah Asshafera iaitu isteri kepada Shuk Sahar yang juga merupakan pelawak terkenal yang mengakui bahawa dia sudah tidak kuat untuk lalui perkara yang sama seperti terdahulu.


Masih bersabar dan tenang dengan situasi yang telah terjadi, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata dia mempunyai bukti yang kukuh terhadap kata-kata yang telahpun diluahkan olehnya sebelum ini.


Suka hatilah nak cakap aku meroyan ke apa, kau tahu apa yang kau dah buat. Masing-masing ada kegiIaan masing-masing. Ada giIa menipu. Aku lain. KegiIaan ku kalau hilang sabar lain.


Menerusi perkongsian yang dimuat naik di portal beautifulnara, Sera dikatakan telah memuatnaik beberapa hantaran status di Instagram Stories seolah-olah merujuk kepada dirinya yang sudah beberapa kali disakiti.

Bagaimanapun, Sera enggan mengambil pusing berkenaan isu terbabit dan ingin memberikan fokus sepenuhnya kepada perniagaannya.


Shuk sekarang ini dikatakan sedang berada di Pulau Pinang atas urusan kerja dan dia juga dikatakan telah menutup ruangan komen di Instagramnya dan memberitahu kepada media bahawa berlakunya perselisihan faham dengan isterinya namun ianya bukanlah hal yang besar.


Kita tunggu dan lihat sajalah..Jangan pandai-pandai pula kita menokok tambah cerita ye..


Sumber : Beautifulnara via instagram Rossa Sera

No comments:

Powered by Blogger.