Punggung dipukuI lelaki misteri ketika joging

encik gotenks
0

 


Penafian : Segala gambar yang digunakan dalam artikel ini hanyalah sekadar hiasan semata-mata


Seorang wanita dilaporkan berdepan detik ceemas apabila punggungnya dipukuI seorang lelaki tidak dikenali ketika berjoging di Taman Fasa 2J, di sini, hari ini.


Dalam kejadian pada 7 pagi, wanita berusia 30-an itu mendakwa didatangi seorang lelaki menunggang motosikal dari arah belakang.


Suspek didakwa memukuI punggung mangsa sebelum wanita itu menjeriit meminta toIong.


Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Khim berkata, wanita berkenaan membuat laporan berhubung kejadian itu pada 9.30 pagi.


"Wanita itu berjoging di lokasi berkenaan seorang diri sebelum datang sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah belakang.



"Lelaki yang tidak dikenali itu didakwa memukul punggung mangsa sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.


Menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV).


"Kita masih melakukan siasatan mengikut Sesyen 354 Kanun Kesekksaan," katanya.

Sumber : Harian Metro


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)