Sudah beri bantuan makanan dua jam sebelum curi, pengurusan masjid tidak akan tarik balik laporan

encik gotenks
0

 


Pihak Masjid Sirajuddin, Padang Pauh, Padang Besar tidak bercadang menarik balik laporan polis terhadap seorang wanita yang mencuri tabung masjid tersebut, minggu lalu.


Hal demikian kerana, perkara yang lebih besar daripada soal curi tabung itu adalah wanita berkenaan juga bersabit dengan daadah apabila ujian saringan air kenciing mendapati dia positif methaamphetaamine.


Pengerusi Ahli Jawatankuasa (AJK) dan imam masjid tersebut, Mohd Umar Ahmad, 39, berkata, dia sudah mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa agar kes tersebut tidak ditarik balik.


“Dari segi masjid, kami boleh tarik balik tapi mungkin dari kaca mata polis, kes ini juga bersabit dengan kes daadah yang mana tertuduh (wanita tersebut) didapati positif methaamphetaamine.



“Jadi, kalau ia diselesaikan untuk kali ini sahaja, untuk masa depan bagaimana pula. Perkara ini perlu diberi fokus untuk pemulihan terhadap tertuduh untuk jangka panjang dan bukan selesai untuk isu ini sahaja,” ujarnya.


Mohd. Umar berterima kasih kepada warganet yang prihatin dengan isu masyarakat dalam berdepan situasi pandemik C0vid-19 ketika ini.


“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan tertuduh mendapat bantuan yang diperlukan seperti pemulihan, bantuan untuk anaknya dan kerja tetap,” ujarnya.


Berkongsi situasi kejadian tersebut, Mohd. Umar memberitahu, pihak AJK masjid tersebut telah menyantuni wanita itu dengan memberi bantuan makan melalui ‘food bank’ kira-kira dua jam sebelum kejadian curi tersebut.



Katanya, wanita berkenaan datang ke masjid kira-kira pukul 6.58 petang dan berjumpa dengan AJK untuk mengambil makan di ‘food bank’ masjid tersebut.


Jelasnya, walaupun wanita tersebut bukan dalam kariah masjid, pihaknya tetap memberi bantuan dan menyuruhnya mengambil lima barang makanan, namun wanita tersebut hanya mengambil satu barang sahaja iaitu sebungkus Milo.


“Biasanya, orang yang memerlukan bantuan akan meminta lebih daripada jumlah yang kami hadkan. Selepas kami selesai solat Isyak pada malam itu, kami dapati tabung ‘mobile’ yang kami letak di depan pintu telah hilang dan bila meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kami mensyaki wanita yang sama mengambil tabung itu kira-kira pukul 8.54 malam.


“Jika tertuduh tunggu kami selesai solat Isyak dan menyatakan kepada kami yang dia memerlukan wang, Insya-Allah kami akan cuba membantu. Bagaimanapun, semasa bercakap dengan AJK kami pada awal itu, dia tidak memberitahu perkara tersebut,” katanya. 


Sumber :– UTUSAN ONLINE


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)