Zul Ariffin Buat Pengakuan Tak Minat Pergi Kenduri Kahwin

encik gotenks
0

 


Menerusi satu sesi IG Live, pelakon Zul Ariffin mengakui dia jarang memenuhi undangan majlis perkahwinan termasuk rakan selebriti.


Namun, Zul berkata dia tidak akan terlepas ke majlis pengebumian untuk memberikan penghormatan terakhir. Kata Zul lagi, dia bukan mahu tunjuk hebat, sebaliknya hanya berkongsi.


“Minta maaf, tetapi itulah perspektif dalam hidup saya. Bukan nak jadi gempak ke apa ke, tapi saja nak share perspektif hidup saya.


“Kalau orang kahwin tak kiralah artis ke kawan ke saya jarang pergi. Tapi kalau orang meninggal saya sampai. Itu saya daripada dulu. Sebab everytime saya tengok, saya rasa macam wow itulah destinasi kita semua,” katanya.



Terdahulu, pelakon berusia 35 tahun itu meluahkan rasa hatinya yang turut terkesan dengan pandemiik yang sedang melanda negara. Kata Zul, jika dia berkahwin dia hanya ingin solat bersama isterinya dan mahu ‘pergi’ sebagai seorang suami.


Sumber : ROTIKAYA

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)