Terkejut Anak Tumbuh Payudaara Umur 6 Tahun, Wanita Kongsi Elak Guna ‘Essential Oil’ Pada Kanak-Kanak

Anonymous
0

 




Essential oil (EO) atau lebih mudah dikenali sebagai minyak pati merupakan antara pilihan yang popular dalam kalangan individu dewasa kerana dikatakan dapat membawa banyak manfaat dan kebaikan.


Belakangan ini, didapati minyak pati semakin banyak digunakan secara meluas. Para pengguna minyak pati percaya bahawa ia mempunyai manfaat dari segi memberi ketenangan, mengurangkan stres sekali gus mengurangkan permintaan terhadap ubat tahan sakit.


Meskipun begitu, perkongsian oleh seorang pengguna Twitter ini mengejutkan ramai pihak tentang sisi tidak enak dan penyebab kepada beberapa masalah mengenai penggunaan minyak pati secara semberono.


Ada masalah pembentukan payudaara yang berlaku sebelum umur 8 tahun

Menurut @antaintiom, rakannya berkongsi mengenai perkembangan anaknya yang mengalami pembentukan payudaara pada usia 6 tahun, iaitu kategori akil baligh tidak normal.












Berdasarkan perkongsian tersebut, rakannya turut berjumpa pakar mengenai keadaan anaknya yang dianggap umur tidak sepatutnya mengalami akil baligh.


Doktor yang dirujuk itu mengambil semua keterangan latar belakang sejarah keluarga. Yang paling tidak disangka, doktor berkenaan bertanyakan mengenai penggunaan minyak pati di rumah.









Essential oil tidak elok untuk kanak-kanak

Rakannya itu mengakui sudah mengamalkan penggunaan minyak pati selama dua tahun. Doktor berkenaan mengatakan bahawa bukan sahaja minyak pati terutama yang mengeluarkan wangian, sebarang pewangi juga tidak bagus untuk tumbesaran kanak-kanak.


Anak rakannya itu didapati memiliki hormon estrogen yang melebihi pada had umurnya. Jelasnya, perkembangan yang begitu cepat seawal usia tersebut akan membantut pada usia 14 tahun.







Perlu makan ubat hentikan estr0gen






Banyak artikel yang dikeluarkan penyelidik mengenai kesan sampingan penggunaan minyak pati terhadap kanak-kanak.

Memetik sumber Hello Doktor, langkah berjaga-jaga amatlah penting memandangkan kurang kajian untuk membuktikan manfaat dan keberkesanan penggunaan minyak pati serta usia yang sesuai untuk menggunakannya, menurut pakar pedlatrik dari Toronto.

Dalam kajian lain, penyelidik mendapati minyak pati mengandungi bahan kimia yang menyebabkan pertumbuhan payudaara tidak normal dalam kalangan kanak-kanak lelaki.

Kesimpulannya, jika tidak digunakan secara betul, ia memudaratkan di kemudian hari.

Sumber : Odisi
Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)