Tahap Oksigen Abang Siti Sarah Rendah, Shuib Mohon Doa Dari Semua

Anonymous
0

 


Isnin lepas merupakan antara hari yang pasti diingati sampai bila-bila oleh pelawak terkenal dan juga usahawan berjaya, Shuib apabila isteri tersayang Siti Sarah telah pergi mengadap illahi selepas beberapa hari bertaruung dengan C0VID-19.


Info terbaru yang dikongsikan menerusi portal ohbulan, Shuib mendedahkan abang iparnya iaitu Ahmad Firdaus Raissuddin telah dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor.


Tahap oksigen rendah


Shuib mengatakan tahap  oksigen abang iparnya menurun justeru dia memohon agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan beliau.


Bila saya dapat tahu tahap oksigen dia, saya terus suruh pergi ke hospital. Saya dah jadi f0bia.


Abang ipar saya sekarang berada di Hospital Serdang. Ini hari kelapan dia kuarantin. Tahap oksigen dia drop tapi alhamdulillah stabil.


Saya mohon orang ramai doakan kesembuhan dia. Tolong doakan abang ipar saya terus kuat.


Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat Allahyarham isterinya, sebentar tadi.

Menjenguk diruangan komen, rata-rata rakan dan netizen mendoakan kesembuhan kepada beliau.




Sumber : Oh!Bulan


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)