Puji dan kenang kebaikan arwah tak salah tapi janganlah sampai obses, nasihat Fynn Jamal

Anonymous
0

 


Penyanyi dan selebriti media sosial, Fynn Jamal, menegur tindakan orang ramai terutama pengikut yang gemar meromantiskan sesebuah kematian sehinggakan ada antaranya dilihat terlalu obses.


Dipercayai mengaitkannya situasi semasa menerusi kematian Allahyarhamah penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, kata Fynn, mengenang kematian seseorang itu tidak salah, cuma jangan dilakukan secara keterlaluan.


“Memuji dan mengenang kebaikan arwah tidak salah tetapi jangan melampaui batas. Mengenang biarlah dengan syarie iaitu dengan tidak mengulang dosa silam, mencacatkan pemergian orang baik ini dengan mengenang sesuatu yang tidak betul,”katanya ketika ditanya oleh pengikutnya dalam ruangan soal jawab yang dibuka olehnya di Instagram semalam.


Antara soalan yang ditanya oleh pengikutnya, adakah tidak salah mengenang jasa orang yang telah meninggal dunia tetapi bukannya kerana obses sebelum dijawab oleh Fynn di platform tersebut.


Selain itu, penyanyi lagu Arjuna Beta ini dia juga memberi contoh kesilapan orang terdahulu yang terlalu mengagungkan orang soleh hingga terjadinya berhala dan perkara itu perlu dielakkan.


“Berpada, puji tak salah. Mengingat tak salah. Tapi berpada. Ingat sentiasa, syaitan sentiasa ada di luar garis berpada-pada itu. Jangan kita lupa, berhala pertama atas dunia ini terjadi apabila mengagungi orang-orang soleh secara berlebih-lebih.




“Dibinakan tugu, dipuji puja, dibuat tribute segala. Ini, jangankan hanya tribute, kita sulam sekali dosa-dosa.


“Kalau sungguh kita kasihkan orang baik yang dah pergi itu, kita tak akan rosakkan keindahan yang Allah SWT dah berikan pada dia bukan?”katanya.


Dalam pada itu, ketika diaju pertanyaan apa yang berlaku sesudah kematiannya suatu hari nanti, Fynn mengharapkan semua pihak tidak menjadikannya bahan kenangan semata-mata.


“Lebih banyak pahala diperlukan setelah kemaatian, masih banyak benda perlu dihitung dan bukannya dengan kenangan romantis sebegini,”katanya.

Sumber : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)