Nadir Al-Nuri belum dimaklumkan butiran lanjut laporan Ebit Lew, kata Peguam

Anonymous
0

 


Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman belum mengetahui butiran lanjut mengenai laporan polis yang dibuat pendakwah, Ebit Lew.


Perkara itu dimaklumkan Peguamnya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini.


Bagaimanapun, katanya, Muhammad Nadir memberi jaminan untuk terus bekerjasama dengan polis berhubung siiasatan kes berkenaan.



"Anak guam kami sudah dihubungi Ketua PoIis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, hari ini.


"Namun sebagaimana diketahui umum, anak guam kami (dan orang lain juga) menghadapi kesukaran untuk keluar dari Gaaza, PaIIestin dan masuk semula jika beliau keluar buat masa ini disebabkan sempadan keluar masuk yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa.


"Anak guam kami sedia memberi kerjasama dalam apa juga keterangan yang dibuat mengikut undang-undang, demi membantu keadilan dilaksana," katanya hari ini.



Menurut Zainul Rijal juga, Muhammad Nadir sedang melanjutkan pengajian di bumi bergoIak itu dan melaksanakan pelbagai aktiviti kemanusiaan bagi membantu warga Gaaza, khususnya menyampaikan bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia.


Pihaknya turut menafikan dakwaan tular bahawa Muhammad Nadir tidak membalas mesej dihantar poIis hingga terpaksa meminta bantuan PoIis Antarabangsa (lnterpoI).

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)