Mereka buat saya rasa macam penjnayah besar, kata Caprice

Anonymous
0

 


Penyanyi rap sensasi, Caprice meluahkan rasa kesal apabila pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta pertolongan Polis Antarabangsa (lnterpoI) untuk mengesan dan berhubung dengannya.


Ujarnya, tindakan PDRM tersebut telah menampakkan dirinya seperti seorang penjenayah dan dikhautiri akan menganggu misinya di Mesir ketika ini.


“Perjalanan saya di sini berjalan lancar tetapi selepas bangun tidur pagi tadi, banyak perkara yang berlaku dan salah satunya ialah Interpol mencari saya.


“Namun peliknya mengapa PDRM sampai minta pertolongan pihak lnterpoI untuk cari saya di sini. Bagi anda semua, masuk akal tak situasi ini?


“Tindakan mereka menampakkan seperti saya sedang buat jnayah besar dan baahaya,” luahnya dalam satu siaran langsung Instagram malam tadi.


Berkongsi lanjut, Caprice memberitahu keluarga di Malaysia turut bertanya mengenai isu lnterpoI tersebut kepadanya.


“Pagi tadi ahli keluarga saya juga bertanya banyak soalan mengapa lnterpoI mencari saya.


“Semua ini pelik bukan? Pihak Kedutaan Malaysia tak hubungi saya sedangkan hampir setiap hari saya keluar makan dengan kakitangan mereka,” ujarnya.


Tambah Caprice, tindakan untuk meminta pertolongan lnterpoI tersebut juga dijangka akan membuatkan misinya ketika ini terganggu.


“Kalau hendak jatuhkan atau buat orang di sini tidak bekerjasama dengan saya, inilah caranya sebab mereka petik lnterpoI.


“Semua benda itu akan buatkan misi saya semakin sukar dan banyak halangan selepas ini. Pasti orang di sini akan tertanya-tanya mengapa lnterpoI memcari saya,” katanya lagi.


Meluahkan rasa kecewa, Caprice juga memberitahu setiap kali usahanya di sana menunjukkan perkembangan baik, pasti ada sahaja halangan yang tiba.


“Saya pelik dan tertanya-tanya mengapa setiap kali ada perkara baik yang berlaku, pasti muncul halangan.


“Kadang-kala saya terfikir bahawa yang hendak menjatuhkan usaha saya bukannya lsraeI atau pihak lain tetapi orang kita sendiri,” katanya lagi.


Dalam siaran langsung sama, pelantun lagu Baby Sayang itu turut mendedahkan punca mengapa dia tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke sempadan Gaaza, PalIestin.



“Ketika saya dapat kebenaran masuk ke Gaaza, dalam surat kebenaran tertulis bahawa saya hanya dibenarkan sampai ke sempadan Rafah sahaja. Letak barang bantuan kemudian pulang semula.


“Jadi inilah sebab saya terlalu berem0si dan maarah mengenai misi Gaaza dihalang,” katanya yang turut mendedahkan ayahnya pernah bekerja di Kedutaan Malaysia di Jordan sekitar tahun 1996.


Sumber – K! ONLINE

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)