Nadir Al-Nuri akan lantik peguam bantu siasatan PDRM

Anonymous
0

 


Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman akan melantik peguam bagi berurusan dengan PoIis Diraja Malaysia (PDRM) susulan laporan poIis dibuat pendakwah terkenal Ebit Lew.


Muhammad Nadir berkata, beliau akan melantik peguam bagi membantu siiasatan dan berurusan dengan poIis.


"Saya pun tidak pasti bagaimana PDRM cuba berhubung sebab disebutkan chat.


"Sedangkan puluhan mesej masuk setiap hari untuk jemputan live, sumbangan dan perkembangan projek namun tidak ada isu kerana mereka dapat berhubung dengan saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.


Menurutnya, beliau tidak pasti mesej yang dihantar oleh PDRM dihantar ke mana sama ada Facebook (FB) atau Instagram (IG).



"Jika di FB atau IG ia mungkin terlepas pandang kerana ada puluhan mesej masuk setiap hari.


"Jadi ada ratusan mesej, saya tidaklah dapat membacanya satu-satu," katanya.


Katanya, beliau sedia memberi kerjasama dengan poIis bagi membantu siiasatan mereka.


Harian Metro semalam melaporkan polis memohon bantuan PoIis Antarabangsa (lnterpoI) untuk mengesan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Muhammad Nadir.


Ketua PoIis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, tindakan itu diambil selepas poIis gagal mendapatkan maklum balas daripada kedua-duanya berhubung tarikh untuk merakam percakapan mereka.



Menurutnya, kedua-dua individu itu perlu dirakam percakapan bagi melengkapkan siiasatan berhubung laporan dibuat oleh Ebit Lew di Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada 21 Julai lalu.


Kes disiiasat mengikut Sesyen 500/504 Kanun Keseksaan serta Sesyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Pada 22 Julai lalu, Ebit Lew dilaporkan hadir ke IPD Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan kes berkenaan.


Sebelum ini, pendakwah terkenal itu menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaaza menyifatkan dakwaan itu sebagai fiitnah melampau.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)