Bengang selepas kena kompaun, lelaki pertikai tugas polis ditahan

Anonymous
0

 


Lelaki yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak, di sini, dan mempertikai tugas polis serta mengeluarkan kata kesat sudah ditahan polis, malam ini.


Terdahulu video berdurasi 15.42 minit itu menunjukkan seorang lelaki yang singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta didatangi anggota polis selepas dia tidak memakai pelitup muka.


Malah video itu turut tular di media sosial selepas dia enggan memakai pelitup muka dan mendakwa dirinya ada membaca kajian yang menjelaskan memakai pelitup muka boleh dijangklti bakterla.


Malah, dia turut dikenakan kompaun kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan C0vid-19.


Namun ketika berada di dalam kereta lelaki terbabit yang masih merakam video itu turut mempertikaikan tugas polis dan mengeluarkan kata-kata kesat.



Susulan itu, polis kemudian mengesan lelaki tersebut sebelum menahannya malam ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan suspek dan akan mengeluarkan kenyataan media nanti.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)