Sepasang adik-beradik yang menuntut di Kolej Vokasional Nibong Tebal maut dalam kemalangan apabila motosikal Honda RS yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah Toyota Vellfire yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara Selatan, sekitar pukul 5 petang.
Siti Nurzulaikha Mohammad Shukor, 17, yang membonceng, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala abangnya, Luqman Nulrois, 18, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kecederaan parah. Difahamkan, kedua-duanya sedang dalam perjalanan kembali ke asrama dari kediaman mereka di Guar Chempedak, Kedah, dan MPV terbabit dipercayai berhenti berikutan masalah pada tayar belakang
